Friday, April 1, 2011

CENTURION GAMES 2011


Pada 25 Mac hingga 27 Mac 2011, pasukan TUDM telah bertanding di dalam "Centurion Games 2011" bertempat di Sport Center Lake View, USJ Subang.  Sebanyak 14 pasukan dari pelbagai sektor, negara dan taraf permainan dari profesional dan bertanding di dalam kejohanan ini.  Konsep kejohanan ialah setiap pasukan akan bertanding sehingga 100 mata. Pasukan Skuasy TUDM telah menghantar 2 pasukan (TUDM 1 dan TUDM 2 - apalah memang tak ada nama yang terfikir sebab ATM pun taruk ATM 1 dan ATM 2).  Pada akhir kejohanan, TUDM 1 berjaya mendapat tempat ke-8 setelah tewas kepada pasukan Singapura, Honey.  Manakala TUDM 2 mendapat tempat ke-12.  Pasukan Skuasy TUDM telah mendapat pengalaman berguna sepanjang kejohanan di samping berkesempatan bermain dengan pemain skuasy Malaysia No 1 dan No 2, Azlan Iskandar dan Ong Beng Hee.
Gambar sepanjang Kejohanan

4 comments:

  1. Tan Tzer Yih (SPAC)April 1, 2011 at 8:48 AM

    Bagus TUDM 1 dan 2 !! semangat membara !! harap lain kali kalahkan Honey tu !! Semua mesti mau kua berlatih hahaha !!

    ReplyDelete
  2. Seronok dapat ambil kesempatan berjumpa dan bermain dgn pemain-pemain dunia spt Azlan Iskandar, Ong Beng Hee, Sharon Ang dan lain-lain. Hope to see our Airforce Team to be a dream team by next coming years...

    ReplyDelete
  3. WELL DONE AF 1 & 2, IT'S JUST A START FOR FUTURE & BETTER ACHIEVEMENT. GD LUCK...........

    ReplyDelete
  4. Well done RMAF's squash co-ordinator. Good exposure to all players. We need more competitive games as well as friendly matches with civilian teams.

    ReplyDelete