Tuesday, April 5, 2011

CENTURION GAMES 2011 - DARI LENSA PW U I ROSIDI



Klik pautan (klik) di bawah untuk melihat Centurion Games 2011 dari lensa PW U I Rosidi.  Mohon jika ada pihak yang terlibat semasa kejohanan tersebut yang ingin mengirimkan gambar ke blog ini, mohon emel kepada skuasy@airforce.gov.my

Klik sini....

Friday, April 1, 2011

CENTURION GAMES 2011


Pada 25 Mac hingga 27 Mac 2011, pasukan TUDM telah bertanding di dalam "Centurion Games 2011" bertempat di Sport Center Lake View, USJ Subang.  Sebanyak 14 pasukan dari pelbagai sektor, negara dan taraf permainan dari profesional dan bertanding di dalam kejohanan ini.  Konsep kejohanan ialah setiap pasukan akan bertanding sehingga 100 mata. Pasukan Skuasy TUDM telah menghantar 2 pasukan (TUDM 1 dan TUDM 2 - apalah memang tak ada nama yang terfikir sebab ATM pun taruk ATM 1 dan ATM 2).  Pada akhir kejohanan, TUDM 1 berjaya mendapat tempat ke-8 setelah tewas kepada pasukan Singapura, Honey.  Manakala TUDM 2 mendapat tempat ke-12.  Pasukan Skuasy TUDM telah mendapat pengalaman berguna sepanjang kejohanan di samping berkesempatan bermain dengan pemain skuasy Malaysia No 1 dan No 2, Azlan Iskandar dan Ong Beng Hee.
Gambar sepanjang Kejohanan