Sunday, September 30, 2012

PENGALAMAN PENGADIL SUKMA 2012

718408 PW U II Muhammad Razi bin Osman bertugas di Markas Logistik Udara adalah salah seorang pengadil skuasy pada Kejohanan Sukan Malaysia Pahang 2012.  Kejohanan tersebut telah dijalankan pada 11 Jul 2012 hingga 16 Jul 2012.  Beliau dipilih yang mewakili ATM dilantik oleh SRAM mengadili kejohanan tersebut.   Berikut adalah cerita mengenai pengalaman beliau semasa menjadi pengadil dikejohanan tersebut:
Sjn Jona, PW I Dzul, PW II Razi, LKpl Tonno dan En. Muniandy

Pada SUKMA 2012 tersebut, kejohanan dimulakan dengan acara individu dan seterusnya berpasukan.  Saya ditugaskan sebagai pengadil tengah, pengadil kanan dan kiri.  Kedudukan tersebut ditentukan oleh Ketua Pengadil mengikut pengalaman sebagai pengadil skuasy.  Pada kejohanan tersebut banyak pendedahan dan pengalaman yang saya dapat sepanjang kejohanan berlangsung terutama dari pengadil bertaraf antarabangsa seperti SSjn Azizul dari Tentera Darat Malaysia, En Muniandy serta PW L 1 Dzulkeffli.

Kejohanan ini melibatkan pemain dibawah 23 tahun iaitu pemain pelapis untuk Malaysia pada masa akan datang.  Taraf permainan pemain-pemain ini tinggi dan memerlukan pengadil yang berpengalaman bagi menentukan keputusan dimana keputusan ditentukan oleh tiga orang pengadil dengan menggunakan kad keputusan.  Kad keputusan ini juga digunakan semasa kejohanan-kejohanan diperingkat antarabangsa.

Sebagai seorang pengadil dikejohanan tersebut kami dipantau oleh Ketua Pengadil melalui pemerhatian secara langsung dan tidak langsung.  Ketua Pengadil juga memberikan panduan serta bimbingan kepada kami dalam menentukan keputusan yang perlu diambil mengikut peraturan-peraturan terkini. 

Tunggu sambungan pengalaman PW Razi menjadi pengadil di CIMB Malaysia Open 2012 dan rahsia kenapa Mej Dato' Nicol David TUDM kalah pada final di kejohanan tersebut.  Tunggu!