Monday, January 17, 2011

Mesyuarat Pra Skuasy ATM 2011 dan Skuasy TUDM 01/11 - 17 Jan 2011

Persatuan Skuasy TUDM telah menganjurkan mesyuarat Pra Skuasy ATM 2011 sempena Kejohanan Skuasy Tertutup Individu ATM dan Antara Perkhidmatan 2011 di JTMK, Menara TH Selborn yang dipengerusikan oleh Pengerusi Skuasy TUDM - Kol Felix Gonzalvez TUDM.  Kehadiran untuk mesyuarat ini:
  • Pengerusi Skuasy TLDM - Kdr Lee Chee Yong TLDM
  • Setiausaha Skuasy TLDM - Kdr Choong Chin Aun TLDM
  • Setiausaha Skuasy Tentera Darat - Mej Muhammad bin Abdullah
  • Jurulatih Skuasy ATM
    • SSjn Rashidi bin Hamid
    • SSjn Mohd Rizal bin Saleh
  • Jurulatih TLDM - PW I TLR Dzulkeffly
  • Jurulatih Tentera Darat - SSjn Azizul bin Hamid
  • Wakil Markas/Pangkalan TUDM
    •  MTU - BSM - Lt Kol Abdul Halim bin Abu Hassan TUDM
    • Pangkalan Udara Kuantan - Kapt Amran Che Mat TUDM
    • Pangkalan Udara Kuching - Kapt Adnan bin Rosli TUDM
    • Pangkalan Udara Subang - F/Sjn Suzelie bin Ibrahim
    • Markas Logistik Udara - F/Sjn Muhammad Razi bin Osman
  • Wakil MySquash Academy - Encik Cheah Yew Shian
Selepas sessi bergambar, mesyuarat bermula pada jam 1010 dan tamat jam 1330.  Perkara dibincangkan adalah:
Korum Mesyuarat Pra Skuasy ATM dan Skuasy TUDM 01/11
  • Centurion Games
  • Kejohanan Skuasy Tertutup Individu ATM dan Antara Perkhidmatan 2011
  • Skuasy Matrix
  • Format Pertandingan
  • dan bermacam-macam lagi yang hanya forum mesyuarat ini saja yang tahu.  Terima kasih kepada semua yang hadir dan Air Force Squash percaya mesyuarat ini adalah stepping stone untuk kearah masa hadapan Skuasy ATM yang lebih baik..... TQ

Thursday, January 6, 2011

Kejohanan Liga Skuasy TUDM - 13 hingga 17 Dis 2010 - Div 2

Mej Mohd Azam (kiri) dan Lt Kol (B) Shahidan - Finalis Div 2
Seperti yang dinyatakan pada "post" yang lepas, tempat Ketiga dan Keempat kumpulan akan ke Div 2.  Walaupun pemain-pemain di Div 2 ini tidak selaju pemain Div 1, tetapi "racket play" dan "skill" mereka adalah antara yang terbaik di dalam TUDM.  Finalis Div 2, menemukan Mej Mohd Azam TUDM dan Lt Kol (B) Shahidan TUDM.  Lt Kol (B) Shahidan dijemput ke liga ini sebagai seorang "paying player" dan "feeder" kepada pemain-pemain klinik skuasy 2010.  Di "final" Div 2, perlawanan sengit antara 2 pemain yang ini berlangsung selama 40 minit dalam 5 set.  Keputusan memihak kepada Mej Mohd Azam TUDM dan ini melonjakkan beliau dari kedudukan ke 18 TUDM ke kedudukan 13 TUDM.  Keputusan Div 2 adalah seperti berikut:

Johan - Mej Mohd Azam TUDM
Naib Johan - Lt Kol (B) Shahidan TUDM
Ketiga - Kapt Hamdan TUDM
Keempat - Mej Zuhri TUDM

P.S - Div 2 semua pegawai.... Mejar ke atas pulak tu...  Nasib baik Hamdan commission lambat, kalau tidak dah Mejar dah.

Kejohanan Liga Skuasy TUDM - 13 hingga 17 Dis 2010 - Div 1

F/Sjn Ali (kiri) dan F/Sjn Razi (kanan) - Finalis Liga Skuasy TUDM 2010
Liga TUDM 2010 seperti yang dinyatakan di atas, telah disertai oleh 16 pemain skuasy  TUDM.  Liga ini adalah bertujuan untuk pemain-pemain skuasy TUDM memperbaiki kedudukan rangking di dalam TUDM yang menggunakan Matrix Point System. Sistem ini mula diperkenalkan pada bulan Feb 2010 dan ianya didapati lebih baik dari sistem mata sebelum ini. iaitu sistem "aku rasa.....".  Bagi liga kali ini, pemain-pemain telah diasingkan mengikut 4 kumpulan di mana Tempat Pertama dan Kedua dalam kumpulan masing-masing akan layak ke Div 1 dan Tempat Ketiga dan Keempat dalam kumpulan akan ke Div 2.  Pemain-pemain TUDM seperti Kpl Mohd Norazlan dari Pangkalan Udara Kuala Lumpur (No 1 TUDM) dan Flait Sarjan Muhammad Razi dari Markas Logistik Udara (No 3 TUDM) seperti yang dijangka telah mengungguli  kumpulan masing-masing dan layak ke Div 1.  Pada peringkat pertandingan Div 1, Kpl U Norazlan dan Flait Sarjan Razi telah berjaya melangkah ke separuh akhir.  Flait Sarjan Razi telah berjaya mengalahkan PW U Rosidi dari Markas Operasi Udara tetapi Kpl Norazlan tewas kepada Flait Sarjan Ali dari Pangkalan Gong Kedak dalam perlawanan 5 set. Pada perlawanan akhir, "Giant Killer" Flait Sarjan Ali, hampir sekali lagi melakukan upset tetapi Flait Sarjan Razi berjaya mengalahkan beliau dalam 5 set.  Hasil dari keputusan pada liga ini, Flait Sarjan Ali telah memperbaiki kedudukan beliau dari kedudukan ke 11 TUDM ke kedudukan ke 8 TUDM.  Keputusan Div 1 - Liga Skuasy TUDM 2010:


Johan - Flait Sarjan Muhammad Razi
N/Johan - Flait Sarjan Ali
Ketiga - Koperal Mohd Norazlan
Keempat - Pegawai Waren Rosidi


P.S.  Final semua orang tua aja.

Klinik Skuasy 2010 - 13 hingga 17 Dis 2010

Peserta klinik skuasy 2010 dengan T-Shirt baru... hehehe


Klinik ini telah diadakan di Lake View, Sport Center yang telah disertai oleh 14 anggota TUDM yang berminat untuk belajar bermain skuasy.  Pemain-pemain ini telah diajar cara-cara asas permainan in selama 5 hari oleh FSjn Muhammad Razi dan Mr. Bernard Liew.  Pada hari terakhir klinik, mereka telah mengadakan liga sendiri di mana Lt Mohd Azlan TUDM dari No 20 Skn telah muncul johan klinik 2010 dan naib johan klinik 2010 LU Mohd Fadil dari Pangkalan Udara Gong Kedak.