Thursday, December 23, 2010

Kejohanan Skuasy Inter MTU/MOU - 25 Nov 2010

Finalis - Lt Kol Abdul Halim (kanan) dan Mej Zul (kiri)
Lt Kol Halim berehat pada set ke 4
Kejohanan ini adalah antara pemain-pemain yang berkhidmat di MTU dan MOU.  Ianya diadakan di Gelanggang Skuasy KEMENTAH dan disertai oleh pemain-pemain TUDM dari MTU dan MOU.  Beberapa pemain jemputan seperti Mej Fajim dan Mej Zuhri dijemput memandangkan mereka adalah anggota TUDM yang berkhidmat di KEMENTAH tetapi bukan di bawah pentadbiran MTU atau MOU.  Johan bagi kejohanan ini adalah Mej Zul TUDM dari AWC dan Naib Johan ialah Lt Kol Abdul Halim TUDM dari BSM.  Ianya adalah kejohanan pertama di adakan sejak tahun 2000.  Mungkin adalah sesuai sekiranya TUDM cuba mendapatkan khidmat Dato' Nicol untuk bermain untuk TUDM, mungkin ramai akan turun dan mencuba bermain skuasy.  Kejohanan ini berlangsung selama sehari iaitu pada 25 Nov 2010 dan pada final kejohanan, Lt Kol Abdul Halim dan Mej Zul telah bertarung selama 34 minit dalam 5 set dengan keputusan memihak kepada Mej Zul (10-12, 11-1, 8-11, 11-9, 14-12).  Pengadil pada final adalah Kol Lau Ing Hiong TUDM dari IGTU.  Walaubagaimana pun, keputusan tidak mengubah kedudukan beliau dalam senarai pemain-pemain skuasy TUDM iaitu nombor 7 keseluruhan manakala Lt Kol Abdul Halim masih mengekalkan kedudukan beliau di tempat nombor 6 keseluruhan pemain TUDM.
Mej Zul mengambil nafas pada set ke-4