Wednesday, March 16, 2011

PERTANDINGAN SKUASY ANTARA SEKSYEN PANGKALAN UDARA SUBANG TAHUN 2011


Pertandingan skuasy antara seksyen Pangkalan Udara Subang tahun 2011 telah diadakan di Politeknik Sultan Abdul Aziz Shah Shah Alam mulai 28 Feb 11 sehingga 04 Mac 11.
Format pertandingan ini terbahagi kepada dua iaitu individu dan berpasukan. Bagi mencungkil bakat- bakat baru dalam sukan ini , pertandingan individu dibahagikan kepada dua division. Division dua adalah untuk pemain pemain yang baru berjinak- jinak dalam sukan ini.

Sambutan yang diterima dari seksyen-seksyen agak menggalakan kerana 15 pemain berjaya dicungkil bakatnya.

Berikut adalah senarai nama pemenang bagi pertandingan antara individu:

Division Satu

a.    Pertama  –   Mej Liew Ban Thong TUDM
b.    Kedua     --   Mej Omar bin Dawami TUDM
c.    Ketiga      --  PW U I Rosidi bin Noratu
d.    Keempat  --  FSjn Suzelie bin Ibrahim

Division Dua

a.    Pertama    --  LU II Kamal Rahimi bin Arrif
b.    Kedua       --   Kapt Shukri bin Sarjeng TUDM
c.    Ketiga       --   Sjn U Khailid bin Mohd
d.    Keempat   –   PW U II Mohd Nordin bin Salleh

Bagi kategori berpasukan, Gabungan MOU-JKO & PLPP telah berjaya mengondol piala pusingan buat pertama kali setelah mengalahkan juara bertahan dari 20 Skuadron. 

          Hadiah pertandingan telah disampaikan oleh Mej Omar bin Dawami TUDM mewakili pegawai sukan pangkalan dan seterusnya  mengucapkan syabas dan terima kasih  kepada pemenang pertandingan dan pihak Politeknik  Sultan Abdul Aziz Shah yang telah memberi kebenaran untuk menggunakan gelangang skuasy mereka.
Pengarang:  PW U I Rosidi bin Noratu - MOU (JKO)
Untuk melihat gambar yang diambil sepanjang kejohanan click pada:

Friday, March 4, 2011

Kedudukan Rangking sehingga Mac 2011

Di bawah adalah kedudukan rangkin skuasy TUDM yang terkini.  Maaf sebab tak dapat cerita pada bulan Feb 2011 sebab banyak kerja.  Anyway, berikut adalah top 10 squash airforce:
 
KEDUDUKAN
PANGKAT
NAMA
1
KPL
MOHD NORAZLAN BIN SHAMSUDIN
2
PKDT
MUHD AUSFAWWAZ BIN MUHD FARHAN
3
PW U II
MUHAMMAD RAZI BIN OSMAN
4
LU I
NORHASLYSHAM BIN AZIM
5
MEJ
MICHAEL STEVENSON
6
LT KOL
ABDUL HALIM BIN ABU HASSAN
7
MEJ
ZULKEFLI BIN SAMSU HADI
8
F/SJN
MOHD ALI BIN IBRAHIM
9
MEJ
LIEW BAN THONG
10
MEJ
OMAR BIN DAWAMI
Persatuan juga ingin mengucapkan selamat datang kepada Mej (B) Shuib dan Mej Zakbah kerana menyertai liga ini.