Thursday, December 15, 2011

Liga Skuasy 02/11 di Gong Kedak - 29 Nov hingga 2 Dis

Tempat makan utama di Gong Kedak
Pangkalan Udara Gong Kedak menjadi tempat pilihan Air Force Squash untuk liga yang terakhir dalam kalender 2011.  Terima kasih kepada Gong Kedak terutama Lt Kol Pidrus TUDM yang banyak support liga kali ini.  Terima kasih juga kepada main player/organizer Kapt Hamdan TUDM yang memamg back bone kepada liga kali ini (kalau hang tak ada, memamg tak jadi la... hehehe).  Tahniah kepada pemenang iaitu:


Johan.  725184 LUK Norhaslysham bin Azim - Pangkalan Udara Gong Kedak.

Naib Johan.  718408 PW U II Muhammad Razi bin Osman - Markas Logistik Udara.

Ketiga.  719920 F/Sjn Mohd Ali bin Ibrahim - Markas Operasi Udara.

Keempat.  Kapt Hamdan bin Shaid TUDM (714377) - Pangkalan Udara Gong Kedak.

Kelima.  722047 Kpl U Izhar bin Mohd Johar - Pangkalan Udara Subang.

Keenam.  726099 LU Ahmad Ridzuan bin Gani - Matra 1

Link di bawah adalah gambar dari lensa Kpl U Izhar.  Enjoy!

KEJOHANAN SKUASY TERTUTUP INDIVIDU DAN ANTARA PERKHIDMATAN ATM 2011

Sjn U Zubaidah - Air Force Squash punya bunga
Ini pun salah satu cerita yang tak diceritakan dari bulan Mei.  First time saya buat teknikal dan first time mencuba Matrix pada Armed Forces seeding.  Sukses dan seronok tengok hasil 1 tahun lebih menjadi.  Kepada Lans Koperal Tonno yang banyak membantu, hanya ucapan "I don't know why...." sahaja antara kita... hahaha.  Kepada TLDM, tahniah dan semoga sukses dalam melahirkan pemain bertaraf antara bangsa.  Please enjoy the pictures taken.  Untuk maklumat, kejohanan ini adalah pada 14 - 20 Mei, tapi teknikal berkampung 10 hari.  Perghhhhh... melekit!


Wednesday, December 14, 2011

Klinik dan Inter Bases TUDM 2011 - dari Lensa PW U Rosidi

Lamanya aku nak publish benda ni... hehehe.  Minta maaf tapi sibuk dengan primary duty.  Walaubagaimana pun dapat juga saya publish gambar untuk Klinik Skuasy 01/11 yang dilaksanakan di Lake View.  Gambar ini adalah hasil keras tangan PW Rosidi (Sorry Encik...).  Terima kasih kepada Mr. Bernard dan wakil-wakil dari Pangkalan Udara Butterworth, Pangkalan Udara Gong Kedak dan Pangkalan Udara Subang yang telah sanggup menghantar peserta demi menyokong klinik ini.  Terima kasih kepada Kampung Ku Lake View kerana telah menyediakan makanan yang hebat dengan budget yang sangat rendah.  Hope to see you all in 2012.  Sila klik link di bawah untuk lihat gambar yang di ambil.

Gambar dari Lensa PW Rosidi - Klinik Skuasy 01/11

Tuesday, June 7, 2011

RANKING JUN 2011

Surprise!  Air Force Squash sudah melalui bulan Mei yang memenatkan iaitu Kejohanan Skuasy Individu Tertutup dan Antara Perkhidmatan ATM 2011 di Pangkalan TLDM Lumut bermula dari 11 - 20 Mei.  So apa yang surprisenya?  Ranking telah berubah sebab masa tu juga digunakan untuk bermain Liga Mei 2011.  So hendak tahu rangking pada bulan Jun 2011.  Sila lihat sendiri,.... Senarai Top 10 bulan ini....



KEDUDUKAN
PANGKAT DAN NAMA
POINT TERKINI
1
PEG KADET MUHD AUSFAWWAZ
197.84
2
KPL U MOHD NORAZLAN
193.24
3
PW U MUHAMMAD RAZI
176.91
4
LUK NORHASLYSHAM
158.48
5
MEJ MICHEAL
157
6
MEJ ZUL HADI
151.17
7
LT KOL ABDUL HALIM
150.6
8
F/SJN SUZELIE
146.4
9
MEJ LIEW
145.74
10
MEJ OMAR
142.73

Tuesday, April 5, 2011

CENTURION GAMES 2011 - DARI LENSA PW U I ROSIDI



Klik pautan (klik) di bawah untuk melihat Centurion Games 2011 dari lensa PW U I Rosidi.  Mohon jika ada pihak yang terlibat semasa kejohanan tersebut yang ingin mengirimkan gambar ke blog ini, mohon emel kepada skuasy@airforce.gov.my

Klik sini....

Friday, April 1, 2011

CENTURION GAMES 2011


Pada 25 Mac hingga 27 Mac 2011, pasukan TUDM telah bertanding di dalam "Centurion Games 2011" bertempat di Sport Center Lake View, USJ Subang.  Sebanyak 14 pasukan dari pelbagai sektor, negara dan taraf permainan dari profesional dan bertanding di dalam kejohanan ini.  Konsep kejohanan ialah setiap pasukan akan bertanding sehingga 100 mata. Pasukan Skuasy TUDM telah menghantar 2 pasukan (TUDM 1 dan TUDM 2 - apalah memang tak ada nama yang terfikir sebab ATM pun taruk ATM 1 dan ATM 2).  Pada akhir kejohanan, TUDM 1 berjaya mendapat tempat ke-8 setelah tewas kepada pasukan Singapura, Honey.  Manakala TUDM 2 mendapat tempat ke-12.  Pasukan Skuasy TUDM telah mendapat pengalaman berguna sepanjang kejohanan di samping berkesempatan bermain dengan pemain skuasy Malaysia No 1 dan No 2, Azlan Iskandar dan Ong Beng Hee.
Gambar sepanjang Kejohanan

Wednesday, March 16, 2011

PERTANDINGAN SKUASY ANTARA SEKSYEN PANGKALAN UDARA SUBANG TAHUN 2011


Pertandingan skuasy antara seksyen Pangkalan Udara Subang tahun 2011 telah diadakan di Politeknik Sultan Abdul Aziz Shah Shah Alam mulai 28 Feb 11 sehingga 04 Mac 11.
Format pertandingan ini terbahagi kepada dua iaitu individu dan berpasukan. Bagi mencungkil bakat- bakat baru dalam sukan ini , pertandingan individu dibahagikan kepada dua division. Division dua adalah untuk pemain pemain yang baru berjinak- jinak dalam sukan ini.

Sambutan yang diterima dari seksyen-seksyen agak menggalakan kerana 15 pemain berjaya dicungkil bakatnya.

Berikut adalah senarai nama pemenang bagi pertandingan antara individu:

Division Satu

a.    Pertama  –   Mej Liew Ban Thong TUDM
b.    Kedua     --   Mej Omar bin Dawami TUDM
c.    Ketiga      --  PW U I Rosidi bin Noratu
d.    Keempat  --  FSjn Suzelie bin Ibrahim

Division Dua

a.    Pertama    --  LU II Kamal Rahimi bin Arrif
b.    Kedua       --   Kapt Shukri bin Sarjeng TUDM
c.    Ketiga       --   Sjn U Khailid bin Mohd
d.    Keempat   –   PW U II Mohd Nordin bin Salleh

Bagi kategori berpasukan, Gabungan MOU-JKO & PLPP telah berjaya mengondol piala pusingan buat pertama kali setelah mengalahkan juara bertahan dari 20 Skuadron. 

          Hadiah pertandingan telah disampaikan oleh Mej Omar bin Dawami TUDM mewakili pegawai sukan pangkalan dan seterusnya  mengucapkan syabas dan terima kasih  kepada pemenang pertandingan dan pihak Politeknik  Sultan Abdul Aziz Shah yang telah memberi kebenaran untuk menggunakan gelangang skuasy mereka.
Pengarang:  PW U I Rosidi bin Noratu - MOU (JKO)
Untuk melihat gambar yang diambil sepanjang kejohanan click pada:

Friday, March 4, 2011

Kedudukan Rangking sehingga Mac 2011

Di bawah adalah kedudukan rangkin skuasy TUDM yang terkini.  Maaf sebab tak dapat cerita pada bulan Feb 2011 sebab banyak kerja.  Anyway, berikut adalah top 10 squash airforce:
 
KEDUDUKAN
PANGKAT
NAMA
1
KPL
MOHD NORAZLAN BIN SHAMSUDIN
2
PKDT
MUHD AUSFAWWAZ BIN MUHD FARHAN
3
PW U II
MUHAMMAD RAZI BIN OSMAN
4
LU I
NORHASLYSHAM BIN AZIM
5
MEJ
MICHAEL STEVENSON
6
LT KOL
ABDUL HALIM BIN ABU HASSAN
7
MEJ
ZULKEFLI BIN SAMSU HADI
8
F/SJN
MOHD ALI BIN IBRAHIM
9
MEJ
LIEW BAN THONG
10
MEJ
OMAR BIN DAWAMI
Persatuan juga ingin mengucapkan selamat datang kepada Mej (B) Shuib dan Mej Zakbah kerana menyertai liga ini.

Monday, January 17, 2011

Mesyuarat Pra Skuasy ATM 2011 dan Skuasy TUDM 01/11 - 17 Jan 2011

Persatuan Skuasy TUDM telah menganjurkan mesyuarat Pra Skuasy ATM 2011 sempena Kejohanan Skuasy Tertutup Individu ATM dan Antara Perkhidmatan 2011 di JTMK, Menara TH Selborn yang dipengerusikan oleh Pengerusi Skuasy TUDM - Kol Felix Gonzalvez TUDM.  Kehadiran untuk mesyuarat ini:
  • Pengerusi Skuasy TLDM - Kdr Lee Chee Yong TLDM
  • Setiausaha Skuasy TLDM - Kdr Choong Chin Aun TLDM
  • Setiausaha Skuasy Tentera Darat - Mej Muhammad bin Abdullah
  • Jurulatih Skuasy ATM
    • SSjn Rashidi bin Hamid
    • SSjn Mohd Rizal bin Saleh
  • Jurulatih TLDM - PW I TLR Dzulkeffly
  • Jurulatih Tentera Darat - SSjn Azizul bin Hamid
  • Wakil Markas/Pangkalan TUDM
    •  MTU - BSM - Lt Kol Abdul Halim bin Abu Hassan TUDM
    • Pangkalan Udara Kuantan - Kapt Amran Che Mat TUDM
    • Pangkalan Udara Kuching - Kapt Adnan bin Rosli TUDM
    • Pangkalan Udara Subang - F/Sjn Suzelie bin Ibrahim
    • Markas Logistik Udara - F/Sjn Muhammad Razi bin Osman
  • Wakil MySquash Academy - Encik Cheah Yew Shian
Selepas sessi bergambar, mesyuarat bermula pada jam 1010 dan tamat jam 1330.  Perkara dibincangkan adalah:
Korum Mesyuarat Pra Skuasy ATM dan Skuasy TUDM 01/11
  • Centurion Games
  • Kejohanan Skuasy Tertutup Individu ATM dan Antara Perkhidmatan 2011
  • Skuasy Matrix
  • Format Pertandingan
  • dan bermacam-macam lagi yang hanya forum mesyuarat ini saja yang tahu.  Terima kasih kepada semua yang hadir dan Air Force Squash percaya mesyuarat ini adalah stepping stone untuk kearah masa hadapan Skuasy ATM yang lebih baik..... TQ

Thursday, January 6, 2011

Kejohanan Liga Skuasy TUDM - 13 hingga 17 Dis 2010 - Div 2

Mej Mohd Azam (kiri) dan Lt Kol (B) Shahidan - Finalis Div 2
Seperti yang dinyatakan pada "post" yang lepas, tempat Ketiga dan Keempat kumpulan akan ke Div 2.  Walaupun pemain-pemain di Div 2 ini tidak selaju pemain Div 1, tetapi "racket play" dan "skill" mereka adalah antara yang terbaik di dalam TUDM.  Finalis Div 2, menemukan Mej Mohd Azam TUDM dan Lt Kol (B) Shahidan TUDM.  Lt Kol (B) Shahidan dijemput ke liga ini sebagai seorang "paying player" dan "feeder" kepada pemain-pemain klinik skuasy 2010.  Di "final" Div 2, perlawanan sengit antara 2 pemain yang ini berlangsung selama 40 minit dalam 5 set.  Keputusan memihak kepada Mej Mohd Azam TUDM dan ini melonjakkan beliau dari kedudukan ke 18 TUDM ke kedudukan 13 TUDM.  Keputusan Div 2 adalah seperti berikut:

Johan - Mej Mohd Azam TUDM
Naib Johan - Lt Kol (B) Shahidan TUDM
Ketiga - Kapt Hamdan TUDM
Keempat - Mej Zuhri TUDM

P.S - Div 2 semua pegawai.... Mejar ke atas pulak tu...  Nasib baik Hamdan commission lambat, kalau tidak dah Mejar dah.

Kejohanan Liga Skuasy TUDM - 13 hingga 17 Dis 2010 - Div 1

F/Sjn Ali (kiri) dan F/Sjn Razi (kanan) - Finalis Liga Skuasy TUDM 2010
Liga TUDM 2010 seperti yang dinyatakan di atas, telah disertai oleh 16 pemain skuasy  TUDM.  Liga ini adalah bertujuan untuk pemain-pemain skuasy TUDM memperbaiki kedudukan rangking di dalam TUDM yang menggunakan Matrix Point System. Sistem ini mula diperkenalkan pada bulan Feb 2010 dan ianya didapati lebih baik dari sistem mata sebelum ini. iaitu sistem "aku rasa.....".  Bagi liga kali ini, pemain-pemain telah diasingkan mengikut 4 kumpulan di mana Tempat Pertama dan Kedua dalam kumpulan masing-masing akan layak ke Div 1 dan Tempat Ketiga dan Keempat dalam kumpulan akan ke Div 2.  Pemain-pemain TUDM seperti Kpl Mohd Norazlan dari Pangkalan Udara Kuala Lumpur (No 1 TUDM) dan Flait Sarjan Muhammad Razi dari Markas Logistik Udara (No 3 TUDM) seperti yang dijangka telah mengungguli  kumpulan masing-masing dan layak ke Div 1.  Pada peringkat pertandingan Div 1, Kpl U Norazlan dan Flait Sarjan Razi telah berjaya melangkah ke separuh akhir.  Flait Sarjan Razi telah berjaya mengalahkan PW U Rosidi dari Markas Operasi Udara tetapi Kpl Norazlan tewas kepada Flait Sarjan Ali dari Pangkalan Gong Kedak dalam perlawanan 5 set. Pada perlawanan akhir, "Giant Killer" Flait Sarjan Ali, hampir sekali lagi melakukan upset tetapi Flait Sarjan Razi berjaya mengalahkan beliau dalam 5 set.  Hasil dari keputusan pada liga ini, Flait Sarjan Ali telah memperbaiki kedudukan beliau dari kedudukan ke 11 TUDM ke kedudukan ke 8 TUDM.  Keputusan Div 1 - Liga Skuasy TUDM 2010:


Johan - Flait Sarjan Muhammad Razi
N/Johan - Flait Sarjan Ali
Ketiga - Koperal Mohd Norazlan
Keempat - Pegawai Waren Rosidi


P.S.  Final semua orang tua aja.

Klinik Skuasy 2010 - 13 hingga 17 Dis 2010

Peserta klinik skuasy 2010 dengan T-Shirt baru... hehehe


Klinik ini telah diadakan di Lake View, Sport Center yang telah disertai oleh 14 anggota TUDM yang berminat untuk belajar bermain skuasy.  Pemain-pemain ini telah diajar cara-cara asas permainan in selama 5 hari oleh FSjn Muhammad Razi dan Mr. Bernard Liew.  Pada hari terakhir klinik, mereka telah mengadakan liga sendiri di mana Lt Mohd Azlan TUDM dari No 20 Skn telah muncul johan klinik 2010 dan naib johan klinik 2010 LU Mohd Fadil dari Pangkalan Udara Gong Kedak.