718408 PW U II
Muhammad Razi bin Osman bertugas di Markas Logistik Udara adalah salah seorang
pengadil skuasy pada Kejohanan Sukan Malaysia Pahang 2012. Kejohanan tersebut telah dijalankan pada 11
Jul 2012 hingga 16 Jul 2012. Beliau
dipilih yang mewakili ATM dilantik oleh SRAM mengadili kejohanan tersebut. Berikut adalah cerita mengenai pengalaman
beliau semasa menjadi pengadil dikejohanan tersebut:
Sjn Jona, PW I Dzul, PW II Razi, LKpl Tonno dan En. Muniandy |
Pada SUKMA 2012
tersebut, kejohanan dimulakan dengan acara individu dan seterusnya berpasukan. Saya ditugaskan sebagai pengadil tengah,
pengadil kanan dan kiri. Kedudukan tersebut ditentukan oleh Ketua
Pengadil mengikut pengalaman sebagai pengadil skuasy. Pada kejohanan tersebut banyak pendedahan dan
pengalaman yang saya dapat sepanjang kejohanan berlangsung terutama dari
pengadil bertaraf antarabangsa seperti SSjn Azizul dari Tentera Darat Malaysia,
En Muniandy serta PW L 1 Dzulkeffli.
Kejohanan ini
melibatkan pemain dibawah 23 tahun iaitu pemain pelapis untuk Malaysia pada
masa akan datang. Taraf permainan
pemain-pemain ini tinggi dan memerlukan pengadil yang berpengalaman bagi
menentukan keputusan dimana keputusan ditentukan oleh tiga orang pengadil
dengan menggunakan kad keputusan. Kad
keputusan ini juga digunakan semasa kejohanan-kejohanan diperingkat
antarabangsa.
Sebagai seorang
pengadil dikejohanan tersebut kami dipantau oleh Ketua Pengadil melalui
pemerhatian secara langsung dan tidak langsung. Ketua Pengadil juga memberikan panduan serta
bimbingan kepada kami dalam menentukan keputusan yang perlu diambil mengikut
peraturan-peraturan terkini.
Tunggu sambungan pengalaman PW Razi menjadi pengadil di CIMB Malaysia Open 2012 dan rahsia kenapa Mej Dato' Nicol David TUDM kalah pada final di kejohanan tersebut. Tunggu!