|
Mej Mohd Azam (kiri) dan Lt Kol (B) Shahidan - Finalis Div 2 |
Seperti yang dinyatakan pada "post" yang lepas, tempat Ketiga dan Keempat kumpulan akan ke Div 2. Walaupun pemain-pemain di Div 2 ini tidak selaju pemain Div 1, tetapi "racket play" dan "skill" mereka adalah antara yang terbaik di dalam TUDM. Finalis Div 2, menemukan Mej Mohd Azam TUDM dan Lt Kol (B) Shahidan TUDM. Lt Kol (B) Shahidan dijemput ke liga ini sebagai seorang "paying player" dan "feeder" kepada pemain-pemain klinik skuasy 2010. Di "final" Div 2, perlawanan sengit antara 2 pemain yang ini berlangsung selama 40 minit dalam 5 set. Keputusan memihak kepada Mej Mohd Azam TUDM dan ini melonjakkan beliau dari kedudukan ke 18 TUDM ke kedudukan 13 TUDM. Keputusan Div 2 adalah seperti berikut:
Johan - Mej Mohd Azam TUDM
Naib Johan - Lt Kol (B) Shahidan TUDM
Ketiga - Kapt Hamdan TUDM
Keempat - Mej Zuhri TUDM
P.S - Div 2 semua pegawai.... Mejar ke atas pulak tu... Nasib baik Hamdan commission lambat, kalau tidak dah Mejar dah.